Pages

Friday, December 25, 2015

PELABURAN PERNIAGAAN SUNNAH

Assalamualaikum kepada semua pembaca tatapan umum di laman web ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk bersama dalam perniagaan pelaburan perniagaan ini, amat-amatlah di alu-alukan kepada anda semua. Pihak syarikat Al-Hijamah Trading kini telah menawarkan semua pelabur-pelabur yang berminat untuk bersama melaburkan modal anda bersama syarikat ini dan dibayar sebanyak 20% setiap bulan. Untuk pengetahuan anda semua, pihak syarikat ini telah menjalankan aktiviti perniagaan rawatan bekam dan juga kursus-kursus berkaitan rawatan sepanjang tahun ini. Jika berminat untuk melabur boleh hubungi whatsapp 014-8058705. Insya Allah semoga perniagann mengikut sunnah Nabi ini dapat diwarisi kepada generasi akan datang.

Friday, November 6, 2015

RAWATAN BEKAM DI BALOK KUANTAN, PAHANG


Assalamualaikum kepada semua pesakit yang ingin mendapatkan pakej rawatan bekam di sekitar Balok Kuantan, Pahang kini telah dibuka. Pihak perawat akan pergi ke lokasi anda untuk membuat rawatan tersebut. Sila hubungi 014-8463283. Insya Allah semoga mendapat barokah.

Wednesday, May 6, 2015

RAWATAN BEKAM DARAH DAN ANGIN DI KEMAMAN, TERENGGANU


Bila badan lesu petanda angin dan darah unsur toksin berkumpul dalam sistem badan. Rawatan bekam pula mengeluarkan angin dan darah kotor dari sistem badan ,Insya Allah dengan berkat amalan sunnah berbekam badan kembali ringan dan kita cergas semula dalam melakukan ibadah harian.

Rasulullah SAW pernah bersabda  " Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT "
Hadis riwayat Ahmad & Tabrani dari Samurah RA

Bagi kaum lelaki dan wanita yang ingin berbekam sila hubungi 014-8463283 & whatsapp 014-8058705
 
Lokasi berbekam adalah di kawan Chukai, Kemaman Terengganu. Bagi kawasan sekitarnya boleh juga menghubungi untuk berbekam.
 
 
 

Thursday, December 11, 2014

RAWATAN BEKAM ISLAM DENGAN MENGGUNAKAN AYAT-AYAT TERAPI AL QURAN

Pusat Rawatan Bekam Islam dengan menggunakan kaedah membaca ayat-ayat suci Al-Quran iaitu dengan kaedah terapi ruqyah untuk bagi pesakit yang mengalami penyakit terkena sihir, terkena makhluk halus dan sebagainya. Namun begitu untuk berbekam bagi pesakit biasa juga amat-amat dialukan juga.

Dewasa ini kita sering kali mendengar berkenaan berita-berita berkaitan pesakit yang mengalami kemurungan, tidak tenteram, tidak dapat tidur malam kerana sering kali terganggu dengan makhluk halus dan sebagainya. Oleh itu, rawatan bekam dengan menggunakan bacaan terapi ayat ruqyah adalah sangat berkesan dan jalan penyelesaiannya dengan izin Allah S.W.T. Insya Allah.


Rawatan Bekam Islam Mengikut Kaedah Bacaan Ayat Suci Al-Quran    


Pesakit :

1) Terkena sihir
2) Tidak dapat tidur malam
3) Kerap bermimpi perkara yang pelik-pelik
4) Hati tidak tenteram dan sentiasa gelisah
5) Badan sentiasa berasa sakit dan tidak selesa
6) Banyak lagi.

Insya Allah, untuk sebarang temu janji sila hubungi talian 014-8463283


Thursday, June 5, 2014

KURSUS RAWATAN BEKAM DI KUALA KRAI, KELANTAN

Assalamualaikum kepada saudara-saudara semua. Semoga di Rahmati Allah selalu. Pada kali ini pihak kami telah menawarkan perkhidmatan Kursus Bekam yang akan diadakan di kawasan Kuala Krai. Terhad kepada 10 orang saja. Yuran cuma RM 300 saja termasuk bahan-bahan, sijil dan peralatan bekam. Kepada sesiapa yang berminat untuk belajar Kursus Bekam sila SMS nama penuh dan kawasan tempat tinggal anda ke 014-8463283. Insya Allah dengan segala kerja dan usaha kita ini sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T. Amin.

Friday, November 1, 2013

RAWATAN REFLEKSOLOGI (URUTAN TAPAK KAKI)


Refleksologi bukanlah satu pengubatan.  Dalam kaedah urutan refleksologi ini tiada ubat yang dimakan, tiada jarum yang ditusuk, tiada pembedahan yang dilakukan dan juga tiada kesan sampingan.  Rawatan melalui kaedah urutan refleksologi ini sangat berbeza dengan sistem perubatan biasa yang kebanyakannya menggunakan dadah dan tidak terlepas daripadanya kesan sampingan.  Juga kebanyakannya bukan menyembuhkan tetapi sekadar bertahan dari sakit.

Refleksologi juga bukan mengubat penyakit atau membenamkan penyakit, akan tetapi membetulkan sistem badan yang tidak betul sekaligus penyebab/punca kepada penyakit.  Apabila punca kepada penyakit sudah hilang, ini bermakna sudah selesai sakit tersebut/penyakit sudah pun sembuh. 

PENGERTIAN URUT REFLEKSOLOGI

Merupakan satu kaedah pemeliharaan kesihatan dan penyembuhan penyakit dengan cara menekan titik pusat uraf saraf yang ada di badan di mana titik pusat urat saraf tersebut berhubung dengan organ-organ tubuh berkaitan.

TUJUAN / MANFAAT URUT REFLEKSOLOGI PADA TUBUH

Kaedah rawatan refleksologi ini mempunyai pengaruh terhadap tubuh manusia dan memulihkan fungsi-fungsi anggta badan yang terganggu dengan cara menghilangkan penyebab dari gangguan itu sendiri iaitu pengaliran darah yang tidak lancar dalam badan serta saraf-saraf yang terganggu atau rosak.  Bila pengaliran darah di seluruh tubuh sudah normal dan lancar biasanya seseorang itu akan berada dalam keadaan sihat.  Jadi secara umumnya tujuan/manfaat rawatan refleksologi adalah untuk memastikan seseorang itu sentiasa dalam keadaan sihat.

CARA KERJA URUT REFLEKSOLOGI

Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah tapak kaki kita.  Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapat kelegaan daripada sakit dan kesakitan yang kita lihat seperti sakit jantung, pointnya ada pada kaki sebelah kiri.

Gambar di atas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat di kanan dan kiri kaki.

Ia sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir di tapak kaki kita.  Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

Sebagaimana yang diketahui bahawa darah mengalir di dalam tubuh setiap masa.  Bila jantung menguncup, ia memberi tekanan kepada darah sehingga darah akan pergi ke seluruh tubuh untuk menjalankan fungsinya yang normal iaitu membawa oksigen dan zat-zat makanan untuk keperluan organ-organ tubuh.  Sebaliknya bila jantung mengembang, darah akan berbalik semula sambil membawa karbon dioksida serta sel-sel darah yang sudah mati atau kotoran untuk dihantar ke orga-organ pembuangan.  Semua kotoran yang sudah tidak diperlukan lagi oleh tubuh akan dibuang melalui air kencing.  Bila pengaliran darah ini lancar maka setiap organ akan dapat berfungsi secara normal.  Bila ini berlaku biasanya seseorang itu akan sihat.

Sebaliknya bila pengaliran darah pergi ke seluruh tubuh ( arteri ) tidak lancar maka penghantaran zat-zat makanan dan oksigen akan terganggu.  Biasanya proses ini berlaku dengan bermulanya penyumbatan pada arteri yang mana proses ini akan bertambah dari semasa ke semasa.  Penyakit terjadinya penyumbatan pada arteri ini disebut "arteriosclerosis".  Apabila keadaan ini berlaku, iaitu organ kekurangan makanan dan oksigen maka fungsinya akan terganggu.  Apabila fungsi organ terganggu, maka seseorang itu akan sakit.  Begitu juga bila sebaliknya, bila darah balik ( vena ) tidak lancar maka sebahagian kotoran atau toksid tidak akan terbuang.   Bila tidak terbuang kotoran itu akan mendap dalam organ-organ tubuh.  Sebahagian kotoran atau toksid itu juga akan mendap pada saluran darah balik ( vena ) yang pada akhirnya akan mengganggu fungsi organ-organ tubuh yang bersangkutan dan akhirnya akan terjadilah penyakit.  Penyakit terjadinya penyumbatan dalam saluran darah balik (vena) ini disebutkan dengan istilah "varicosevena".

Maka terapi urut refleksologi ini akan menanggalkan kotoran-kotoran  atau sumbatan pada saluran darah pergi ( arteri ) sehinggalah darah dapat mengalir dengan sempurna ke seluruh organ tubuh yang memerlukannya.  Tanpa adanya halangan, maka organ tubuh akan dapat bekalan yang cukup baik oksigen maupun zat-zat makanan dan pada akhirnya setiap organ itu akan dapat berfungsi dan menjalankan kerja-kerjanya dengan sempurna.  Ia juga akan menanggalkan kotoran-kotoran yang melekat dalam saluran darah balik (vena ) sehingga proses penghantaran darah yang mengandungi toksid samada karbn dioksida ataupun kotoran ataupun sel-sel yang sudah mati akan berjalan dengan baik, sehingga semua kotoran yang seharusnya terbuang akan dapat dibuang dengan sempurna.  

Kotoran-kotoran ini akan terbuang dengan melalui 4 cara :

1) Kencing
2) Berak
3) Peluh
4) Pernafasan

Diharap dengan penerangan yang ringkas ini dapatlah difahami bahawa betapa pentingnya penjagaan kedua-dua tapak kaki ini.  Gunalah kaedah urutan ini dalam merawat / memperbetulkan fungsi-fungsi organ dalam badan.  Dengan urutan ini ia akan melancarkan peredaran darah dalam badan sekaligus menyahkan punca kepada penyakit.  Anda boleh lakukannya sendiri di rumah.  Urutlah dengan memberi tumpuan kepada organ-organ yang disentuh.  Ini adalah kaedah terbaik dalam memberi keberkesanan pada setiap urutan.  Walau bagaimanapun, urutan yang berterusan dan buat sekerap mungkin adalah sangat membantu mempercepatkan pulih dari sakit. Perlu diingat juga, urutan refleksologi hanya dapat merawat kes-kes ringan sahaja.  Untuk kes-kes berat ia perlu disertai dengan kaedah rawatan bekam.  Maka bekam selepas mendapat urutan refleksologi adalah sangat-sangat bagus.   

Tindakbalas Selepas Urutan Refleksologi

* Kencing lebih kotor atau bau yang lebih busuk dari biasa.  Kadang-kadang ada yang keluar berpasir.
* Bahagian-bahagian tertentu dari anggota akan terasa sakit untuk beberapa ketika dan kemudian akan hilang dengan sendirinya atau kesakitan itu akan berpindah ke tempat lain.
* Rasa letih, lesu dan mengantuk.
* Timbul gatal-gatal pada kulit
* Berak cair atau berminyak
* Kepala terasa sakit
* Muntah-muntah
* Banyak buang angin
* Urat darah nampak timbul
* Berpeluh banyak dan kadang-kadang likat
* Rasa lebih ringan dan lebih cergas
 
 
 Penyakit-Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki

1. Serangan Jantung

Berjalan kaki boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti. Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.

2. Stroke

Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Healthyang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak

Berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh, membuang kalori berlebihan dan membakar lemak.

4. Melangsingkan Badan

Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam sekurang-nya dalam sehari.

5. Kanser

Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin berjalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma). Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis

Berjalan kaki menguatkan otot-otot badan, rangka dan tulang di dalam tubuh, sekaligus mencegah osteoporosis. Pengambilan vitamin D dan kalsium yang banyak tidak memadai, tubuh memerlukan gerak badan dan memerlukan sekurang-kurangnya 15 minit dibawah sinar matahari pagi.

7. Mencegah Kencing Manis

Brisk-walking kira-kira 6 km sejam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes type 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).

8. Mengurang Depresi