Pages

SELAMAT DATANG KEPADA ANDA SEMUA. TERUSKAN MENYOKONG LAMAN WEB KAMI. SEBARANG MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI 014-8463283

Monday, August 29, 2016

HARGA PROMOSI RAWATAN BEKAM DAN URUTAN KAKI

Assalamualaikum semua kepada pelanggan sekitar Kemaman, Terengganu. Pihak kami telah menawarkan rawatan bekam dan urutan kaki dengan harga istimewa untuk anda semua. Sila hubungi pihak kami untuk temu janji awal 014-8463283. Sekian, terima kasih.

Monday, August 15, 2016

KEBAIKAN URUTAN REFLEKSOLOGI (KAKI)





Di bawah ada diagram mudah untuk kita membuat sedikit urutan pada bahagian kaki dan tangan. Sejak akhir zaman ini kan bermacam-macam penyakit dah timbul, oleh itu mari kita sambil-sambil tengok TV atau duduk mengadap PC sampai berjam-jam lama kita berhenti sekejap urut bahagiantangan ikut diagram yang senang ini. Moga menjadi satu ikhtiar yang dapat mengurangkan beban organ kita yang asyik berkerja.

Refleksologi atau Urut kaki pada zaman Cina purba telah digunakan lebih daripada 3000 tahun. Ia mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit, contohnya: sakit kepala, ketegangan, asma, sembelit, resdung dan migrain dan sebagainya. Untuk mengatakan bahawa saraf deria organ-organ dalaman merebak ke seluruh badan, dan beberapa berhubung dengan organ-organ lain serta kulit. Semua ini saraf deria terutamanya pengakaran di plantar berjalan kaki. Urutan kaki adalah baik untuk rangsangan aktiviti organ-organ dalaman, dan untuk meningkatkan peredaran darah dan limfa.


Oleh itu urutan kaki adalah urutan baik untuk kesihatan. Untuk merangsang badan  dan mengimbangi empat elemen (penyakit manusia datang daripada ketidakseimbangan unsur-unsur ini). Objektif kedua-dua urut adalah serupa.
Urutan Thai untuk mengimbangi badan dan urutan kaki adalah untuk merangsang aktiviti organ-organ dalaman. Urutan Thai menggunakan ibu jari, tapak tangan, tangan, siku, lutut dan kaki, tetapi urutan kaki menggunakan tangan, jari dan batang kayu dengan krim atau minyak.

Refleksologi, atau zon terapi, adalah amalan mengurut, memerah, atau menolak bahagian-bahagian kaki, atau kadang-kadang tangan dan telinga, dengan matlamat menggalakkan kesan yang baik terhadap bahagian-bahagian badan yang lain, atau untuk meningkatkan kesihatan umum.

Untuk buat temujanji, sila hubungi 014-8463283 (Khairul)

RAWATAN BEKAM SUNNAH NABI DI KUANTAN (PAHANG) DAN KEMAMAN (TERENGGANU)



Assalamualaikum kepada semua pelanggan / pesakit bekam. Kini pusat rawatan bekam telah dibuka bagi kawasan Kuantan dan Kemaman. Sila hubungi di talian 014-8463283 (Khairul)

Monday, February 15, 2016

RAWATAN BEKAM SUNNAH NABI DI PANTAI TIMUR 2016



Rawatan bekam sunnah Nabi kini tertumpu di kawasan pantai timur (Kelantan, Terengganu, Pahang). Kepada sesiapa yang ingin menjalankan perkhidmatan bekam sunnah ini sila buat temujanji lebih awal di talian 014-8463283.

Thursday, December 31, 2015

MANFAAT DAN FAEDAH DENGAN BERBEKAM






Faedah berbekam dari segi kesihatan

Berbekam adalah amalan kesihatan berkaitan darah yang semakin ditinggalkan oleh umat Islam pada zaman moden ini. Faktor takut kepada torehan pisau tanpa ubat bius dan jangkitan HIV menjadi penghalang utama kepada amalan ini daripada diteruskan.

Amalan berbekam telah diamalkan oleh Rasulullah SAW selepas peristiwa Isra' Mikraj. Justeru, ia adalah satu amalan sunnah yang sepatutnya menjadi ikutan umat Islam sepanjang zaman.

Berbekam ialah mengeluarkan darah daripada kepala, antara dua bahu, kaki atau di bahagian tertentu pada badan.

Rasulullah SAW menggalakkan berbekam bertujuan merawat dan mencegah penyakit dengan mengeluarkan darah kotor yang mengandungi karbon dioksida serta bahan kumuh lain dan menjadi punca penyakit kepada badan manusia.

Jika bahan-bahan ini dikeluarkan bersama darah ketika berbekam maka sudah tentu penyakit tidak akan merebak di badan orang yang berbekam dan menjadikannya sihat serta segar untuk melakukan ibadat serta aktiviti harian.

Darah merah kehitaman

Darah yang keluar hasil daripada proses berbekam ini berwarna merah hampir kehitaman dan berbeza dengan darah luka yang berwarna merah. Ini menunjukkan darah ini bukan darah yang baik untuk disimpan dalam badan kita.

Dalil yang menggalakkan umat Islam supaya berbekam ialah sabda Nabi SAW: "Aku tidak berjalan di hadapan sekumpulan malaikat pada malam ketika aku diisra'kan, kecuali mereka berkata, `Wahai Muhammad, perintahlah umat kamu agar berbekam'." (Riwayat at-Tirmizi).

Amalan berbekam juga mempunyai waktu tertentu untuk dilakukan, ia tidak boleh dilakukan terlalu kerap dan Rasulullah SAW telah menggariskan batas waktu sebagai panduan kepada kita untuk melakukan proses berbekam.

Pantang larang berbekam

Rasulullah SAW menganjurkan umatnya supaya berbekam secara sedikit-sedikit dari masa ke semasa. Sabda Rasulullah SAW: "Barang siapa berbekam pada 17, 19, dan 21 hari bulan pada setiap bulan, itu adalah penawar baginya daripada penyakit." (Riwayat Abu Daud).

Amalan berbekam juga ada pantang larangnya supaya tidak memudaratkan pengamal kerana membabitkan proses pengeluaran darah. Rasulullah SAW mengingatkan supaya menjauhi perkara yang boleh membawa bahaya.

Antara contoh perkara membahayakan ialah mengeluarkan darah dengan banyak atau semasa mengeluarkannya menggunakan peralatan tidak bersih. Ini bagi mengelak berlaku jangkitan melalui luka.

Rasulullah SAW juga melarang daripada melakukan berbekam kepada orang yang darahnya mempunyai masalah untuk membeku kerana ini akan membahayakan orang itu.

Berbekam seperti yang dianjurkan Rasulullah SAW sangat banyak faedah dari segi kesihatan. Antara manfaat nya, dapat membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang, membaiki aliran pembuluh darah, menghilangkan kekejangan dan luka dalaman pada otot.

Berbekam juga baik bagi mereka yang menghidap asma, pening kepala, migrain, sakit gigi, mengalami pelbagai penyakit mata dan rabun, gangguan rahim, berasa sengal pinggang dan tulang serta untuk mengatasi gangguan tekanan darah, sakit bahu, dada dan punggung.

Atasi pelbagai gejala penyakit

Ia juga dapat membantu mengatasi kemalasan, kelesuan, banyak tidur, luka, jerawat, gatal kulit, radang selaput jantung, radang ginjal, keracunan dan luka bernanah.

Berbekam sebenarnya adalah perubatan Islam yang sangat relevan pada hari ini. Di Amerika, setiap seorang daripada 300 orang menghadapi penyakit hati, iaitu sejenis penyakit keturunan yang menyebabkan zat besi dilonggokkan dalam hati sehingga akhirnya merosakkan organ itu.

Penyakit ini adalah penyakit keturunan nombor satu di Amerika dan berbekam amat berkesan untuk mengubatinya. Berbekam juga boleh merawat penyakit hepatitis C yang kronik. Antara komplikasi penyakit ini, ia boleh menyebabkan penghidapnya terkena kanser dan kerosakan hati.

Berbekam didapati boleh mendatangkan kesan positif kepada pesakit kerana ia melambatkan proses kerosakan hati. Jelas sekali bahawa sunnah berbekam ini memang relevan sepanjang zaman.


SEJARAH PENUBUHAN SYARIKAT AL-HIJAMAH TRADING



Syarikat Al-Hijamah Trading telah muda ditubuhkan dan beroperasi di kawasan Guchil, Kuala Krai, Kelantan pada tarikh 1hb Januari 2013. Kini telah bergiat aktif di tiga negeri Pantai Timur termasuk (Kelantan, Terengganu, Pahang) yang mana fokus utamanya adalah di dalam aktiviti perawatan bekam mengikut sunnah Nabi di dalam memartabatkan perawatan Islam. Syarikat ini juga telah menawarkan perkhidmatan kursus bekam untuk sesiapa sahaja yang ingin memperlajarinya samada untuk berbakti kepada masyarakat mahupun untuk perniagaan. Alamat Cybercafe Al-Hijamah : PT 4914 Jalan Besar Guchil, 18000 Kuala Krai, Kelantan. No Telefon : 014-8463283.

Friday, December 25, 2015

PELABURAN PERNIAGAAN SUNNAH

Assalamualaikum kepada semua pembaca tatapan umum di laman web ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk bersama dalam perniagaan pelaburan perniagaan ini, amat-amatlah di alu-alukan kepada anda semua. Pihak syarikat Al-Hijamah Trading kini telah menawarkan semua pelabur-pelabur yang berminat untuk bersama melaburkan modal anda bersama syarikat ini dan dibayar sebanyak 20% setiap bulan. Untuk pengetahuan anda semua, pihak syarikat ini telah menjalankan aktiviti perniagaan rawatan bekam dan juga kursus-kursus berkaitan rawatan sepanjang tahun ini. Jika berminat untuk melabur boleh hubungi whatsapp 014-8058705. Insya Allah semoga perniagann mengikut sunnah Nabi ini dapat diwarisi kepada generasi akan datang.